Ahad, 10 Mei 2015

Biar hanya gambar berbicara dulu................

selepas dibuat biopsy dkt area pipi yg ade tumor

benda yg kat tgn tu untuk masukkan ubat kimo(lupa pulak namanya)utk sementara jer sebelum dibuat CVL

waktu nih dah strat nak main lps 2 2 kakinya di simen...so kurang sikit sakitnya
 

Bila hati mula terbuka untuk mencatat lagi....



kejap tenggelam..kejap timbul balik blog yg using ni kan..sebenarnya xtau nak catat apa..rs kehilangan idea nak merangka ayat dlm blog nih...kekangan masa pun jd punca juga..tambahan laptop dah meletop so harapkan waktu rehat di pejabat jer..lagipun si wira kecilku abid hari2 follow aku ke pejabat..ye lah aku belum ada kekuatan nak tinggalkan nya dengan sapa2 pun..kat nursery lagilah...syukur Alhamdulillah bos2 amat memahami..cuma yg bukan bos ada juga berdaki di hati bila tgk aku bawa abid..rasanya xperlu aku ambil kisah kot..janji pihak atasan no problem..n kerjaku jln seperti biasa..Tp mmg penat teramat..takpa...dugaan n cabaran dlm membesarkan anak2...

Berbalik dengan cerita wira kecil ku.............

setelah di diagnosis mengidap sejenis kanser darah,abid mula menjalankan rawatan kimoterapi pada 17 Mac 2014...mula2 berbelah bahagi sama ada dia perlu di kimo or kami cuba cara lain...memang masa tu perit sgt nak buat keputusan..yelah..umpama mempertaruhkan nyawa anak sendiri...semua org tahu kesan akibat kimoterapi ni..tp kami cuma yakinkan diri bahawa ia salah satu usaha untuk memulihkan abid tp yang menyembuhnya semesti Yang Maha Berkuasa...First kimo abid dibekalkan sejenis ubat iaitu Pednisolon....first dia kena makan 7 biji sehari..kesannya abid jadi kuat makan..tp dalm pada masa yang sama dia jd agresif..mudah nak marah2..so aku kena cuba sabarkan diri dengan keadaan dirinya..waktu tu kedua kakinya yang patah sudah dibalut dengan simen..so dia rasa kurang sakit...masa kimo ni abid mula rasa nak muntah...mudah demam..cirit birit...yelah system imunnya jd lemah bila dikimo...jd aku perlu lebih bertabah untuk menjganya...tempoh rwatan kimoterapi nih sebenar 6 bulan tp ambil masa yang agak panjang untuk menghabiskan disebabkan atas factor klesihatannya setelah di kimo...so abid kena buat treatment kimo sebanyak 5 block dan 4 maintance...seperti yang diberitahu doctor treatment kimo nya seperti pesakit kanser lukiemia sebab sel2 kanser dah masuk dlam sum-sum tulang abid..so setiap kali kimoterapi di adakan doctor akan melakukan treatment Intrathecal methotrexate (IT) iaitu dengan memasukkan ubat melalui sum2 tulangnya..agaknya berpuluh kali juga proses treatment ini dilakukan..kesiankan???aku sendiri pun pernah minta dengan doctor untuk melihat sendiri proses ini dilakukan.Alhamdulillah doctor benarkan..so aku agak lega bila tahu prosesnya mcm mane...Nampak menyakitkan tp abid dibri ubat pelali smsa proses dilakukan....bawah ni aku selitkan gambar mula2 abid on treatment kimo..





time nih abid diberi ubat pelali stelah dibuat bone marrow untuk tahu sejauh mana sel kanser merebak...
kaki abid mula dipasang simen...Yang sebelah kaki tu belum tau patah..a week after sebelah lagi dipasang simen..:(